Saturday, August 27, 2011

Senda Cinta

Bermula dengan gurauan
Kekal kerana kumahu
Lain kerana berbeza
Kerana aku telah jatuh cinta

Sedikit yang aku tahu
Banyak yang aku mahu
Apa yang aku tahu
Hanya antara kau dan aku

Apa ini cinta pandang pertama
Apa ini cinta buta
Apa ini cinta segera
Aku mahu cinta ini lebih dari segala

Bermula dengan senda
Bertapak dengan mencuba
Bergerak dengan percaya
Berharap dengan penuh cinta

Tuesday, June 28, 2011

Bintang Hatiku


Dia yang datang, tanpa diundang
Singgah disini sebentar cuma
Mengucap salam, bertanya khabar
Terus bermandat, merajai hati

Sungguh memukau mata
Sungguh memikat hati
Bersinar-sinar, berkedip-kedip
Seperti bintang, menerangi hati

Engkaulah bintang
Engkaulah sinar
Terang sekali menyilau malam
Walaupun tak jelas dimata
Tapi indah berkedip disana
Engkaulah sayang
Engkaulah bintang

Tidak berkait, tapi berpaut
Tanpa malam, tiadalah bintang
Tanpa siang, bintang pun kelam
Siang ada, tanpa ternampakkan

Setialah malam dengan diriku
Janganlah bintang pergi dariku
Kanku pastikan malam bersamaku
Walaupun malam menyulam hariku

Monday, June 6, 2011

Satu Kisah Cinta

Suatu hari bertemu dia
Hanya pandangan mampu berkata
Senyumnya, liriknya,
Tingkahnya juga mengundang tawa

Dari jam berganti hari
Baru kutahu siapa diri
Akal nakal yang mula mencari
Tahu namanya puaskan hati

Bila mula berkenal-kenal
Kebas pipi menahan senyuman
Sedikit gentar bertentangan
Malu alahai buka kepalang!

Entah kenapa entah mengapa
Tiada siapa memulakan rentak
Cuma sekadar berbalas gurauan
Sedikit senda menambah senyuman

Tambah tragis al kisahnya
Bila si dia sudah berpunya
Sedih di hati sangatlah rawan
Menangis sendiri tidak keruan

Walaupun begitu tiada yang nyata
Senyum sentiasa bila berjumpa
Biarpun berteman di tepi dia
Ku pujuk hati gagahkan jua

Suatu hari datangnya dia
Mengucap cinta tidak semena
Tak pernah terbayang, tak pernah menyangka
Kelu lidah hendak berkata

Tak tahu apa harus ku kata
Ku tahu dia sudah berpunya
Mengapa hati tiada percaya
Sedangkan aku juga sudah yang ada


Thursday, June 2, 2011

Antara

Tiada ayat yang tepat
Tiada bahasa yang selari
Bagai hantu dalam bayangan
Bagai ada dalam tiada

Biar gelap di dalam terang
Bukan sembunyi cuma terhalang
Tiada masa mengungkap rasa
Aneh ada, bertuah pun ada;

Mengapa harus dicari
Sedangkan lama di dalam hati
Kenapa bungkam sebelum ini
Terasa diri seperti mengkhianati

Ia ada dalam tiada
Ia tiada di dalam ada
Apakah erti ini semua
Hanya dongengan atau nyata?

Tuesday, May 24, 2011

Serapuh Itu

Sepotong ayat saja
Sudah bisa membuat aku meratap kesedihan
Menangis tersedu-sedu
Serapuh itu;

Thursday, May 19, 2011

Terduduk


Segala seakan sama
Semua seperti biasa
Namun yang beda pada dada
Hati bergegar tenang tiada

Mungkin yang ada terjadi
Mungkin yang tiada ada
Mungkin bangun itu duduk
Mungkin duduk itu rebah

Thursday, April 21, 2011

Tandus

Segala rintih harap
Keringat perit
Makin menampak
Tiada lagi kelam

Segala gambaran
Tiada lagi membayang
Cuma yang tinggal 
Hanya Aku