Thursday, April 21, 2011

Tandus

Segala rintih harap
Keringat perit
Makin menampak
Tiada lagi kelam

Segala gambaran
Tiada lagi membayang
Cuma yang tinggal 
Hanya Aku

Wednesday, April 6, 2011

Detik Waktu

Dari semalam aku terkenang-kenang
Bagaimana agaknya waktu kecilku
Sudah banyak yang aku cuba bayangkan
Tapi aku tidak pernah ternampakkan

Ibu cuba memberi bayang
Foto disuap tatapan mata
Tapi dihati tiada berkesan
Masih termenung aku kebingungan

Apa dosaku dihukum begini
Terlupakan sesuatu yang banyak erti
Memori yang mungkin terindah untukku
Mungkin aku terringgal sesuatu

Oh Tuhanku
Dengarlah rintihan hambamu
Apakah ini hukuman atau bantuan
Aku merintih ingin tahu

Friday, April 1, 2011

Fenomena Mimpi

Resah,
Gelisah,
Tak tentu arah,
Sejenis sindrom apakah pula ini?
Tidak seperti selalu,
Aku seperti hilang arah,
Ke kanan salah,
Ke kiri salah,
Dimana harus aku berada?
Dimana jiwa aku terlepas?
Walau dalam keadaan apa,
Aku seperti hanyut dibuai mimpi,
Yang aku sendiri tidak pasti,
Entah apa yang aku mimpikan,
Apa yang patut aku mimpikan;

Thursday, March 24, 2011

Mekar Pagi

Sekali berdesir, sekali bersorak
Membisik lembut dalam halwa
Bangkit pagi langit tertadah
Senyum bermula harap penyudah

Bimbang hati awan mendung
Hujan merintik berlari petang
Tidak mungkin berpatah arang
Kental hati fahami pantang

Kemudi kolek ke hujung gerbang
Mengintai padi bunting di batang
Merimbun buah berantai bunga
Jika  disana pasti bahagia


Tuesday, March 22, 2011

Istana Puteri Permata Wilis

Tersergam indah dari luar
Dipandang indah saujana dingin
Berkabus putih bertasik biru
Dimana perahu, kolek pun tiada

Sungguh berdendam hati tertawan
Dikhabar pula rahsia berantai
Menggegar hati bila terdengar
Sedangkan mata belum memandang

Berkata sang burung janganlah datang
Tiada mungkin mendapat pulang
Berbisik pula ikan berlagu
Datanglah, datang saat angin menderu

"Pantang padang bulan berdarah"
"Awan putih di atas tasik"
"Bila mentari terlindung jua"
"Saat bila jejambat terbina"
"Jika kata tersusun baik"
"Sempurna badan bertamu air"
"Jika pekerti tersadung kaki"
"Padah nyawa bakal tersaji"

Saturday, March 19, 2011

Tiang Seri Hanuman

Petah bicara dahulu kala
Sekilas pandang tampak permata
Tertelek dalam tertanam widuri
Kemas tersimpan didalam hati

Terhampar luas pintu dunia
Kunci pula di dasar lautan
Bertemu kunci timbul menang
Pintu hilang tiada penghujung
Langit berpelangi menjadi suram
Awan memutih bertukar hitam

Tujuh bahtera bertemu tombak
Tujuh panglima berhujan panah
Tujuh delima dibelah-belah
Tujuh syarat perkenan beta

Biarkan beta tidak berpatah
Tidak menyerah selagi bertulah
Biarkan saja beta berdarah
Tidak tertinggal bumi bertuah

Wednesday, March 16, 2011

Berulangkali

Perlukah beta mengulangi arahan beta berulang ulang kali? Mengulang ulang lagi kata-kata beta sehinggakan tekak terasa perit? Menjerit berkali-kali pada kamu? Apakah jeritan beta yang berulang ini tidak memedihkan telinga kamu? Apa kamu mahu ketulahan menjadi kebenaran? Apa kamu itu siapa? Sehingga degil sebegitu sukma? Beta mahukan segalanya sempurna. Jika tidak, tak perlu terjerit mengulangi kata-kata berkali-kali! Beta sudah penat beta berkali-kali menjerit, beta mahu berehat. Biar saja beta terjun. Biarkan beta. Biarkan! Jangan cuba-cuba selamatkan beta! Beta tidak mahu mengulangi lagi kata-kata ini!