sekian lama ia terkunci
mengapa hati berdetak kini
aku bingung keliru dan sangsi
mana kebenaran mana cahaya
siapa aku siapa dia
mengapa aku telah sempurna
mengapa dia seperti hiba
oh ibu oh ayah mengapa
siapa anakmu yang benar benarnya
siapa anakmu pada dunia
mengapa aku sungguh sempurna
punya segala tanpa onar
apakah aku begitu tulus
mengapa hati ada yang tak endah
mengapa hatiku berdetak hebat
segala dewata memanggil - manggil
seperti diseru ombak dan pantai
dikebah oleh puteri kayangan
beras kuning diatas panji
puteri tujuh puteri senggollan
siapa aku siapa aku
tolonglah aku bebaskan aku
apakah ini yang aku mahu
bukanlah aku tidak bersyukur
juga bukan hendak menidak
cuma tertanya apakah benar
aku cuma insan yang biasa
apakah aku mengalami kebiasan cahaya
mengapa aku kerap bermimpi
mengapa semua berteka teki
mungkin kerana aku punya sekeping hati
mengapa aku kerap bertanya
mengapa aku kerap mengalir air mata
tidak ku tahu apa maknanya
tidak ku tahu mengapakah ia
apakah ini pada kamu juga
apakah aku benar belaka
apakah kamu bohong semata
apakah hati ini sebenarnya...
No comments:
Post a Comment