Wednesday, February 9, 2011

Merpati di Penjara Kesakitan

Kulihat kekanan kekiri pemandangan yang sama
Pandangan atas putih bersih
Berlapik tilam dan bantal berbau antiseptik yang sama
Kemana harusku lari?
Kebebasan membinasakan atau penjara kesepian?
Aku mahu merdeka
Aku mahu dibebaskan
Tolonglah Tuhan, aku memohon
Semoga kesedihan ini tidak dilalui panjang oleh mereka
Sampai kapan harus aku simpan kedukaanku
Sampai bila harus aku membohongi senyumanku
Maafkan aku Tuhan, kerana aku telah berdusta
Mendustakan pada mereka ujianMu ini tidak perit
Sungguh aku malu menghadapmu disaat diri terasa sungguh kerdil
Tapi sungguh aku kasihan pada mereka yang menitiskan airmata untukku
Melihat aku yang sebegini
Melihat aku selemah ini
Aku mahu mereka melihat aku seorang pejuang
Biarpun hanya di dalam hati

No comments:

Post a Comment