Sunday, December 5, 2010

Pohon Cinta

Tinggallah bersama aku
Kerana umbiku ini sungguh padu

Tinggallah dengan aku
Kerana akarku tumbuh menjala

Tinggallah dengan aku
Bila aku mula memfotosintesis cahaya

Tinggallah bersama aku
Menikmati cinta bersama

Tinggallah dengan aku
Bila cinta mula menunjang

Tinggallah bersama aku
Bila dedaunan rindu mula merendang

Tinggallah dengan aku
Jika dedahan cinta mula membesar

Tinggallah dengan aku
Jika reranting sayang mula berdesir alunan

Tinggallah dengan aku
Jika aku meredupkan hati

Tinggallah bersama aku
Menikmati bayu lembut cinta berahi

Tinggallah dengan aku
Merasai kasih membajai tanah

Tinggallah dengan aku
Akan aku lindungimu dari hujan air dan cahaya membahang

Tetapi

Tinggalkanlah aku
Jika aku sudah kekeringan

Tinggalkanlah aku
Jika aku sudah bergoyang

Tinggalkanlah aku
Jika aku bakal tumbang

Kerana kau dan hanya kau yang aku sayang
Kerana kau dan hanya kau yang aku termilikkan
Kerana aku tak mahu menyakitimu



No comments:

Post a Comment